Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)
Klik gambar untuk whatsapp dan order

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL
Klik gambar untuk whatsapp dan order

Friday, December 27, 2013

PERLA COFFEE IN DA HOUZEEEE ! HARGA MURAH2 JER !

Assalamualaikum...

Amboiiii...

Kemain blog kita, bersawang sana ni. . .

Takdak masa nak update blog sebenarnya, banyak kerjaa (alasan) haha !

Uh, busy dengan audit sebenarnya, buat penin ja la dengan kehadiran dua auditor itu T_T

Sila mahapkan aku ye pasal tak berhapdat ;)

Sebenarnya nak mengupdate ni ada tujuan. hihik

Nak promo sikitla pasal produk yang kemain hot sekarang tu !

Ala...ala...alaaaaaaa... produk  tu lahhh !

Memang hot kengkawan. Highly reccomended !

PERLA COFFEE !

Pasai apa aku kata hot, pasai boleh dikatakan hampir setiap hari orang dok mesej tanya pasal produk ni.

Apa kelebihan produk ni?

Jom usha sat !

Suka minum kopi tapi nak cantik kena tinggalkan atau pantang kopi kan?
Nak tak cantik tanpa meninggalkan minuman kegemaran anda?
Jom cuba Perla Coffee, kekal cantik tanpa meninggalkan kopi..

Kebaikan Perla Coffee,
✔ Melembut dan menghaluskan tekstur kulit.
✔ Kulit kelihatan lebih gebu, bersinar dan sempurna tanpa cela (flawless)
✔ Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1- 2 minggu.
✔ Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
✔ Menjadikan kulit lebih anjal serta lembap.
✔ Mengurangkan kedutan dan garis halus.
✔ Mengecilkan liang pori
✔ Meningkatkan sistem imunisasi badan.
✔ Mengatasi masalah jerawat dan jeragat.

Bahan- bahan utama dalam Perla Coffee,
Serbuk Mutiara, Glutathione , Asid Hyaluronik

Yang penting HALAL dan ada KELULUSAN KKM !
Jom cuba !
Sekotak x 20 sachet = RM59.90 SM, RM64.90 SS (harga pada kotak)
Harga saya pulak,
RM45 termasuk postage..

Rasa dia takde lah kaw2 macam kopi 3-1 tu, tapi memang sedap.
Mild je rasa dia..
Bau kopi pun menyelerakan..

boleh SMS/Whatsup saya 012-404 8291 (Shikin) untuk fast reply ^__________________^





Haaaa, tu ayat iklan tu ! heheh

Pada peminat kopi yang kena tinggalkan kopi untuk cantik boleh cuba ni. Sedap. Tapi jangan ingat rasa dia kaw cam 3-1 la tau .haha !

Yang tak boleh minum kopi pun boleh cuba pasai kandungan kafien dia tak tinggi..

Kalau yang nak rasa tu sila2 lah SMS tau, diulangi dia talian 012-404 8291 (Shikin)

Apa tunggu lagi, jom la cuba !

Friday, November 15, 2013

KOREAN FOOD : DDUKBOKKI @ STICKY RICE CAKE

Assalamualaikum....



Hari ni kita belajar masak makanan dari korea nak?

Sesiapa peminat darama/rancangan dari korea ni mesti tau ddukbokki kan?

Aku kalau tengok rancangan korea, mesti terliur punyalah dengan makanan diorang..

Sekarang aku tengah demam tengok Appa Odiga, kalau korang peminat rancangan tu mesti korang tau betapa laparnya korang akan rasa bila tengok bapak diorang masak untuk anak diorang..

Jadi, dengan penuh kerajinan aku pun pergilah google resepi ddukbokki yang mudah dan singgah ke blog ni.. Story About Mya: [RESEPI] Jom buat Ddukbokki!

Mudah ! Amat mudah resepi yang dia ajar.. Kalau ikut step pasti akan berjaya..

Cumanya nak buat ni kena ada nilai kesabaran yang sangat2 tinggi..huhu

Disebabkan hari Ahad aku tak kerja, jadi sabtu malam tu aku dah stat menguli tepung untuk buat ddukbokki aku ni..

Rice Cake tu kena buat awal sebab nak buat sangat2 rumit...Dan sangat2 mengambil masa...

Macam mudah, tapi bila dah buat baru hang tau ! hahah!

Bahan2 buat Rice Cake (alahhh yang panjang2 tu)

2 cawan Tepung beras
1 cawan Air
Garam

Campurkan tepung beras tu dengan garam dan gaul dengan air...
Campurkan je bagi rata, bagi sebati...Tak payah uli lagi..
Lepas tu panaskan periuk untuk kukus tepung tu tadi..
Letakkan kain basah pada bekas nak kukus tu dan tabur tepung tu kat atas..
Lepas 1/2jam ngukus, sejukkan dan boleh stat menguli..
Uli ni yang sakit duuhhhhh..
Ampa kena uli dan uli lagi dan uili lagi...
Sampai sakit tapak2 tangan aku neh..
Sebab ampa kena pastikan yang tepung tu betul2 melekit..
Adalah dalam sejam jugak aku nguli..huhukk!
Lepas dah melekit, korang bentukkan panjang2 dan potong pendek2..


Ampa rujuk video tu untuk lebih paham tauuu.

Ok, dah buat siap boleh simpan dalam peti..

Esoknya aku buat kuah dia...

Bahan2 untuk pes kuah dia,

1 sdb Taucu
1 sdb Serbuk cili Jenama Baba's (edited ^^ )
1 tsp Gula
Air sikit

Cara buat
Sebabkan taucu tu berbiji2, aku sarankan ampa kisar dulu taucu tu sampai lumat...
Lepas tu masukkan serbuk cili gaul dan masukkan air sedikit..

Ok, dah buat pes bolehla kita buat kuah dia...

Bahan2 untuk kuah,
Ikan bilis (anggaran utk buat stok)
Pes yang kita buat tu
Rice cake
Fishcakes
Gula (secukup rasa)
Nak buh sayur pun boleh..Contoh lobak merah (tapi aku tak letak pasal tak minat.hahah)

Cara buat,
1) Rebus air dengan ikan bilis untuk dibuat stok.. Anggaran air dalam dua cawan
2) Bila dah mendidih keluarkan ikan bilis tu dan masukkan pes yang kita buat tu..
3) Then , masukkan rice cake..
4) Perasakan dengan gula.
5) Masak sampai kuah dia melekit.. Lepas tu boleh masukkan fishcake dan sayur2an..

Ha, nak buat kuah dia memang mudah.. Senang je..

Lepas tu bolehlah makan, nak lagi sedap?? Boleh masukkan maggi jugak. Heheh..
Masukkan je maggi, tambah perencah sikit.. Dan boleh makan...

Slurpppp3..memang sedap..

Menaip entri ni pun dah buat aku rasa terliurrr je ni...

Jom lah cuba, tak payah beli..kita buat je ! hhehee...

Monday, November 11, 2013

KUEYTIOW SUP IKAN BILIS, RESEPI MAMAKU

Assalamualaikum...

Ahhaaaa, dah lama tak pos pasal makanan kan?eheheheee...

Aku ni suka masak, tapi selalu takde masa nak masak.

Biasalah kan, dapur pun takde, pakai masak dalam rice cooker je kat bilik sewa ni..huhu

Al-kisahnya, aku ni suka sangat makan kueytiow sup yang mama aku buat.

Sup dia beza, buat dari rebusan ikan bilis tu yang bezanya..

Satu petang ni aku balik kerja dan takde benda menarik yang dijual, so aku pergi mini mart dan beli bahan2 untuk buat kueytiow sup ni..


Bahan-bahan sup :-

Segenggam ikan bilis
3 labu Bawang Besar
3/4 labu Bawang putih
Sedikit halia muda
Fishballs
Beberapa biji lada putih
Garam
Air

Cara masak :-
1) Potong bawang besar kepada 8 bahagian, mayang bawang putih dan potong halia panjang2
2) Renehkan ikan bilis dengan air, bawang besar, bawang putih, lada putih dan halia..
3) Perasakan dengan garam
4) Lepas dah mendidih masukkan fishballs dan masak sebentar.
lepas tu boleh tutup api, dan siap dihidang bersama kueytiow halus, daun bwg dan taugeh..dan nak sedap kicap..hehehehhh

Eh2, dah siap dah?SERIUS?? Haah, serius senang.. Campak2 dan siap..

Ye, semudah A, B, C..hehe

Sebab tu lah saya suka resepi ni, masakan ni, sebab ianya mudahh benar untuk orang yang nak cepat macam saya ni..
Main campak2 dah siap..

Jemput lah try yee.. Sedapppp sup ikan bilis ni ;)

Wednesday, November 6, 2013

Hikmah Di Sebalik Kejadian..

Assalamualaikum...

Aku ditipu lagi, ku ditipu lagi.. Benci aku benci..huuuu

Ya, aku kena tipu, dan ini kali kedua untuk tahun ni.

Uwaaaaa..... Nak buat macam mana,  takde rezeki aku kan.

Tapi rasa terkilan tu tetap ada..

Memang tak banyak mana, tak banyak macam orang lain kena sampai beribu2 RM, tapi walau amaun tu kecil, aku tetap rasa terasa jugak.

Tapi bak kata orang, tak kena tak tau rasa dia kan..dah kena baru tau nak beringat..

Lepas ni kena lebih berhati2 lah..

Sebenarnya yang buat lebih terkilan, sebab makhluk2 macam ni la yang ada orang susah nak percaya online  seller..

Bukan ramai yang tak Ok, ramai yang OK sebenarnya..tapi sebab sorang dua habis smua tak boleh dipercayai..

Takpelah, moga Allah buka pintu rezeki seluas2nya buat aku lepas ni..

Hrap begitulah hendaknya. Amin

Sunday, April 21, 2013

RESEPI : KUEYTIOW GORENG TOMYAM DENGAN BUAH NAGA MERAH SEBAGAI PENCUCI MULUT

Assalamualaikum. . .

wohaa, lama tak update blog. .heheh. .bukan apa, sekarang memang dah jarang sangat online, kalau online pun kalau balik rumah mak je.huhu

Kalau kat rumah sewa tu tak dapat nak online pun sebab broadband tu tak bertopup pun sebab sekarang sibuk online guna hp je. .huhu

ok lah, back to topic. Pasal makanan lagi, as usual. .hahah. .yelah, aku ni peminat makanan. Nak diet,tapi makanan tak boleh nak tinggal. Ha, macam mana tu?hehehe. .

Resepi kali ni, ringkas dan mudah je. Kueytiow goreng tomyam.


Bahan-bahan :-

Sebungkus kueytiow
Sebungkus bebola ikan (boleh diganti dengan ayam/seafood)
Sayur (kobis/sawi atau sebarang sayur yang korang suka)
1 kiub tomyam Knorr
1 biji telur
bawang putih+bawang merah (ditumbuk)
kicap
sos tiram
Minyak untuk menumis

Cara memasak:-
1) Tumis bawang putih+bawang merah sampai naik bau.
2) Masukkan telur yang telah dipukul. Masak sampai telur tu garing sikit.
3) Masukkan fishball. Goreng sebentar sampai fishaball masak.
4) Masukkan kiub tomyam knorr. Goreng sampai garing.
5) Masukkan kicap dan sos tiram. Biarkan semuanya sebati dan masak.
6) Masukkan sayur. Goreng sekejap, Lepas tu masukkan kuetiow. Gaul sebentar sampai semua sebati dan tutup api.
7) Sedia dihidang.

Hah, mudah kan?  Ni lah cara memasak aku yang tersangatlah ringkas. heheh. Yela balik kerja dah lapar takkan nak sediakan masakan yang rumit. Betul tak??

Kueytiow tu aku tak suka goreng lama2 sebab nanti lembik, aku tam minat kueytiow lembik.hehe

Lepas tu, mesti ada yang pelik dah buh kiub tu tak payah letak air ke?? Tak payah, sebab bila dah buh kiub tu, dia akan hancur dengan sendirinya dan akan sebati dengan bahan2 yang lain.

Dan sebelum makan tu aku makan buah naga sebagai pencuci mulut.

Aku memang minat sangat dengan buah naga tu, dalam seminggu 2,3 kali jugak lah aku pergi cari. Nasib baik senang nak dapat.

Kalau nak makan buah, pastikan makan sebelum ambil hidangan berat ye. Dan minum air segela sebelum makan. Ni boleh buat perut kita rasa kenyang dan kita akan kurang makan.

Apa2 pun selamat mencuba ye semua ! ^^

Saturday, April 6, 2013

RESEPI : NASI BERIYANI AYAM MAGGI DAN KOPI 'O' SEBAGAI SAMPINGAN

Assalamualaikum. . .




heheh, nampak cam sedap je nasi dalam gambar tu !

nampak je sedap, memang sedap la dah guna perencah je masak. . hahah. .

masakan ni aku dah buat rabu lepas tapi ari ni baru aku update pasal broadband tak topup lagi. .

dah slow pasal dah habis kuota kot. .

duk rumah mak ni boleh lah online pasal ada wi fi. . heheh

''di sini ada wai fai'' cam dalam filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit tu. .heheh

ok la, back tu tajuk entri. .

bahan2 untuk resepi ni sangat2 senang. .

1) 1 bungkus perencah nasi beriyani Maggi

2) 3/4 ketul ayam (aku beli bahagian rib sebab tak bape banyak isi, aku tak mau isi banyak sangat. . huhuh)

3) Kacang Gajus

4) Kismis

5) Beras 3 pot kecil (aku guna beras biasa kalau nak sedap of course la guna beras basmathi)

6) Air 3 1/2 pot (air same cam cara tanak nasi yang biasa)

7) Minyak Zaitun untuk menumis (dalam cadangan guna minyak sapi aku tukar ke minyak zaitun. .heheh)

itu sahaja bahan yang diperlukan

Cara memasak pulak, pun senang juga. .

1) Panaskan minyak dalam periuk nasi elektrik. Tumis perencah nasi beriyani Maggi sampai naik bau.

2) Masukkan beras yang dah dibasuk bersama ayam. Gaul sebati.

3) Masukkan air. Gaul sehingga kesemuanya sebati dan masukkan kacang gajus dan kismis. Gaul.

4) Tutup periuk nasi dan masak nasi seperti biasa sampai kering. Siap.

hahah, senang kan?? resepi tu ada je tulis kat bungkusan perencah tu. Aku cuma tambah kacang dengan kismis je bagi penyedap je.

Takdelah plain sangat nasi tu ada ayam je. huhuh.

Untuk sebungkus perencah cadangan hidangan adalah untuk 4 orang. So, ayam tu boleh lah letak 4 ketul. Nasi pun agak2 je untuk 4 hidangan kan.

Dan aku hidangkan bersama kopi yang enak ini. . .walawehhh.pekat melekat !



Boleh la try kan. Esok2 kalau rajin aku nak try plk masak nasi beriyani tu tanpa menggunakan perencah pulak.

haa, nanti kalau jadi aku update lagi. . kalau la rajin kan aku try tu. . .hahah

Ok, Selamat mencuba dan jumpa lagi. . .

-peace. yo-

^^

Monday, March 18, 2013

RESEPI : KUEYTIOW KUNGFU WATCHA !

Assalamualaikum..

kih3, apehal tajuk tu, nak mewatchakan orang ke hape?hehek !

sebenarnya untuk makan malam tadi aku cuba resepi kueytiow kungfu..

mudah sangat cara masaknya dan bahan2 pun senang nak dicari..


Amboi, tengok gambar, kelabu asappp..hihik..

tu lah hasil dari telefon bimbit yang pixel nya infiniti :p

heheh, gurau je...sila abaikan gambar yang kelabu asap tu , yelah kan amik gambar tu dari telefon bimbit nokia 6085, dah berkurun dah, gambar pun jangan beranganlah nak cantik..

amboih, siap watermark bagai, macam lah orang nak curi sangat gambar dia tuh..hahah..

ok2, melalut pulak dah..terus pada resepi okehh..

resepi asal adalah dari sini :- Blog Cheq Sue

Bahan-bahan :-

- 200 gm kueytiow
- 1 biji telur (telur omega size jumbo)
- Isi ayam (aku ganti dengan chicken loaf jenama ayam dinding     sebab tadi kebetulan peti ais kat pasaraya tu tengah dibaiki, so takde pilihan lain, guna loaf je ) kalau nak tambah seafood macam  udang dan sotong pun boleh
- 1 batang lobak merah (disagat- terpulang pada cara masing2 nak potong macam mana :)
- 3 batang Jagung muda (kalau nak)
- 3 batang cili padi (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
- lada sulah
- lada hitam
- sos tiram
- Tepung jagung yang dibancuh
- Air secukupnya
- Minyak secukupnya (aku guna minyak zaitun sebab nak jaga badan.heheh )

Cara memasak

1. Pukul telur dan masukkan kuetiow. Gaul sekali dengan telur.
2. Panaskan minyak, goreng telur bersama kueytiow tadi. Cara menggoreng ala2 goreng telur dadar.
3. Biar garing sedikit dan ketepikan.
Cara memasak kuah :-
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga keperangan.
2. Masukkan ayam/seafood dan goreng sehingga masak. Kalau udang kena pastikan masak betul2 untuk mengelakkan ia lembik sebelum masuk bahan lain.
3. Masukkan lobak merah, jagung muda, cili padi. Goreng sebentar.
4. Kemudian masukkan sos tiram, lada sulah dan lada hitam (terpulang kalau nak pedas, letak lebih)
5. Masukkan air secukupnya. (kalau nak kuah banyak masukkan lebih air)
6. Kacau sebentar dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh. Tujuan tepung jagung ni adalah untuk pekatkan kuah.
7. Biarkan mendidih dan boleh tutup api.

Tuang kuah kat atas kueytiow yang digoreng dengan telur tadi. Sedia dihidang.
Mudah kan?

Percaya atau tidak, resepi ni aku masak dalam periuk nasi je. Sebabnya aku duk bujang, periuk nasi jelah yang mudah nak masak dalam bilik.huhuh

Tapi hasilnya, memang puas hati..Macam masak atas dapur gas. Heheh..

Dalam gambar atas tu, kueytiow pun dah tak nampak, dah ditutupi dengan chicken loaf tu, huhu..

Tapi sedap jugak, Alhamdulillah..

Jadi, Selamat Mencuba ye ! ^_^

Monday, March 11, 2013

RESEPI : NASIK GORENG CINCAI

Assalamualaikum. . .

haha, ape ke hei dengan tajuk entri tu?

cincai2 pulak..hihikk

ok la, aku nak berkongsi satu resepi nasik goreng, cara pemalas cam aku ni, tapi rasanya enak dan lazat..

cehhh, memuji diri sendiri nampaknya tu, tak boleh blah langsungg..hihik...

ok, seperti biasa gambar tidak disertakan akibat kekangan yang tidak dapat dielak...

resepi ni aku buat bila balik kerja tu kan, perut dah lapar sangat memanggil2 mintak diisik..

lepas tu pulak, bila dah lapar tu mula lah malas kan..

jadi, aku pun masak cincai je, yang penting, kena ikhlas masak barulah rasa sedap..hehe

bahan-bahan :

1) Nasi (aku guna beras perang cap ecobrown sebab nak jaga badan kan..huhuk, aku masak dalam 1 pot kecik yang pot kita dapat masa beli periuk nasi tu kan )
ni contoh packaging beras tu, nak masak beras ni 1 pot beras + 2 1/2 air.. sesuai untuk yang nak jaga badan, makan sikit je dah kenyang.


sumber : sini

2) Ikan bilis (agak2 je, rendam dan tos kan sampai kering)
aku suka ikan bilis pangkor, harga dia mahal sikit, tapi rasa dia sedap dan tak masin..



sumber : sini

3) Kicap manis cap kipas udang (dalam 1 sudu teh )
agak2 je, secukup rasa, kalau tak suka kicap manis, bole guna kicap masin..



sumber : sini

4) Sos tiram dalam 1 sudu teh jugak, ni pun kena agak2 jugak..secukup rasa lah cam tu kan..

5 ) telur sebiji

6) bawang merah dicincang halus

ok, tu je bahan2 yang diperlukan..mudah kan?senang di cari kan? ada je stok tu kat rumah kan?

ok, seterusnya cara masak..

mula2 panaskan minyak, lepas tu tumis bawang merah sampai naik bau..

lepas dah naik bau tu, masuk ikan bilis, tumis sampai ikan bilis tu jadi garing sikit. Terpulang pada kita nak garing mana kan..

Lepas tu, masuk kan telur yang dah dipukul, biar sampai telur tu masak . .

dah siap tu, masukkan nasi, gaul sekejap..

dah mesra bahan2 tu, masuk kicap dengan sos tiram..

goreng nasik tu sampai semua bahan2 tu mesra..

ha, lepas tu boleh tutup gas, kejap sangat dah dapat nasi goreng tu..

rasa dia memang sedap, mengancam dan puas hati..

kalau nak pedas, boleh tambah cili padi, masa goreng ikan bilis tu boleh masukkan cili tu.

aku suka pedas, tapi takde stok cili pulak tadi..huhuh.

mudah kan resepi aku ni? bagi aku rasa dia memang puas hati lah, yelah sebab kita penat, balik kerja mestilah nak buat satu makanan yang cepat ringkas, tapi dalam masa yang sama sedap kan..

ni lah hasilnya, heheh.

garam dan gula atau serbuk perasa memang aku tak bubuh, sebab aku ni tak pandai sangat nak menganggar selain rasa dari kicap, ikan bilis, sos tiram tu dah mencukupi..

kalau aku goreng mi ke, bihun ke, kueytiow ke, memang aku guna kicap dengan sos tiram je, sebab rasa dia dah mencukupi..

jadi apa lagi, boleh lah try nasik goreng cincai aku ni..hihik..

Selamat mencuba !

Sunday, March 10, 2013

YAY ! DAH ADA GAMBAR DIINGINI SEBAGAI BLOG SKIN ^^

Assalamualaikum...

hihik, tengok dah berubah dah blog aku ni. . .

dah pandai dah nak buh gambar yang aku nak sebagai blog skin..hehehe..

ok, dah sangat berpuas hati dengan background terbaru blog aku ni ^^

nak belajar buat blog skin sendiri?

ok, aku tak kedekut pun..hehe

boleh singgah sini --> Blog DiyaSesame

selamat belajar, dan selamat mencuba ^^

OPS, I'M FALLIN' AGAIN ^^

Asslamualaikum. . .

I think I'm in love ;)

with him, my future husband ^^

Saturday, March 9, 2013

RESEPI : BARLI LEMON

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni aku rajin cari resepi2 nak masak..

masak sendiri lebih senang, berkhasiat dan terjamin kebersihannya..

aku memang nak share hasil dari resepi yang aku masak tu, tapi masalahnya aku tak punya kamera nak merakan momen2 menarik tu. jadi pendamkan lah hajat tu..huhu

hp pun pakai hp cikai je, nanti dah beli hp baru aku kongsi ok?

dalam beberapa hari ni, cuaca tak menentu kat tempat aku ni..

kadang panas, kadang hujan..

jadi, badan pun tak selesa bila panas tu..

jadi semalam aku sembang dengan adik aku, dia cadangkan buat air barli..

wah, idea bagus tu..dan dia kata barli tu nanti perah dengan lemon, katanya sedap..

jadi aku pun keluar beli barang tadi, dan beli sebungkus kecil barli cap kijang..

cukup lah sebab aku nak minum sorang je kan.hehe

gula pasir/gula batu degan lemon stok 3 biji..hehe

nak reneh barli ni senang je..

rendam barli sekejap, pastu reneh dengan air dan gula..

aku ni jenis yang tak menganggar bila masak, main bubuh je janji ada rasa kan..

so, pandai2 lah kan, reneh tu dalam sejam camtu sampai barli tu dah tukar putih..

gula, kalau mak aku dia suka buh gula batu, kalau resepi dari mak aku dia campur gula batu dengan gula pasir sikit..

dia kata gula batu dah cukup manis dia, dan lebih sedap kalau nak buat manisan..

dah siap tu, bole lah perah lemon, sedap sangat ..

sedap dia minum sejuk dan suam :)

kalau nakrasa sedap lagi, bole tambah kismis sikit..

tu terpulang pada citarasa masing2 kan, aku suka..

ok lah, nak sambung menikmati barli ni, gambar tak disertakan..alahai rugi betul !

Sunday, March 3, 2013

DIET (SEMINGGU SUDAH)

Assalamulaikum...

hehe, dah seminggu aku kurangkan makan, tapi KG masih berdegil nk turun..hehe..

takpela, pelan2 kannn..

sabar tangga kejayaan ^^

sekian, update ringkasss..cehhhhhhh

Saturday, March 2, 2013

#PrayForLahadDatu

Assalamualaikum..

semalam kita dikejutkan dengan 2 anggota keselamatan kita yang terkorban semasa bertugas mempertahankan negara tercinta ni..

Al-Fatihah untuk mereka..

Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.. Amin..

yang aku tak faham, kenapa dalam kekecohan tu, ada segelintir orang ramai yang mengaitkan kejadian itu dengan politik..

please, stop it..

tolong jangan campur adukkan politik dalam isu ini..

aku tak faham, serius tak faham...hemmm..

semoga Malaysia bebas dari ancaman2 luar..

dan kekal aman sentiasa..

yang penting, kita rakyat Malaysia kena bersatu padu....

tak susah, tapi nak buat tu susah, selagi politik dicampur adukkan...

Sunday, February 24, 2013

JOM DIET DENGAN JUS LEMON ?

Assalamualaikum...

entri yang lepas aku ada sebut pasal nak diet kan..

so, tadi aku teringat pasal buah lemon ni, sebab aku pernah terbaca yang seseorang ni pernah mengamalkan minum jus lemon dan berjaya turunkan berat badan..



tadi aku ada google pasal diet jus lemon ni, ada yang aku baca dia cuma letak sehiris lemon dalam air suam dan minum tiap2 pagi..

tapi aku pulak, perah jus lemon tu dan tambah air..

pehhhhh, masam habissss...

tahankan jugak lah minum, bau lemon ni memang sedap, tapi rasa dia masam sangat..huhu..

aku minum lemon tu tadi lepas makan malam....

sebab lemon ni asid jadi tak elok kalau minum masa perut kosong..

err, baru sehari aku cuba minum jus lemon ni..nanti kalau dah berjaya turun aku update lagi, ok?


sumber gambar : Wikipedia

Saturday, February 23, 2013

DIET, DIET, DIET... (diet la sangattt !!!)

Assalamualaikum..

alamak, blog dah bersawang...dah lama gilaaaa tak mengupdate blog ni..

memang bersawang sana-sini, kena cepat2 bersihkan ni...hehe...

tengok tajuk entri?DIET? wahhh...

ada hati nak diet, tapi makan tak reti nak control, adehhh..

tadi aku tengok gamba2 terbaru aku, erkkkk..gemok betul..

serius nampak gemuk, TT_TT

kenpa, kenapa, kenapa.....

yela, makan tidur je, mendapat la bentuk badan camtu..

sejak kerja kat tempat baru ni, memang kerja aku makan tidur je..

tak elok sebenarnya, sebab aku kerja pejabat, jadi sepanjang masa hanya duduk mengahadap komputer je...

jadi hari ni aku sedar diri sikit, aku beli kelloggs K plus susu sunlac..

kelloggs K tu, ada cabaran untuk 2 minggu, jadi aku nak tengok asil dia nanti..

untuk susu sunlac pulak, orang kata elok untuk yang nak mengawal berat badan, jadi aku nak cuba..

sebab sebelum ni aku minum susu omega, tapi susu sunlac ni ok, sebab bancuh pun dengan air sejuk, air panas tidak dibenarkan sama sekali..rasa dia sedap...susu omega ok jugak..pendek kata dua2 pun ok.huhu

aku nak mula berdiet, aku dah tak nak gemokk..huu

tapi bagi aku cabaran yang terbesar sebenarnya bila nak berdiet ni adalah nak kawal nafsu makan..

aku harap, aku dapat atasi dugaan terbesar dalam diet aku ni..

minggu depan, aku ingat nak start puasa sunat..

In Sya Allah, kalau berat badan aku berjaya turun nanti aku akan update lagi ye..

jangan cakap tak serupa bikin je, hangat2 taik ayam je..buat sampai berjaya tau !

ingat tu !!! 

Sunday, January 6, 2013

SUSAH EKK NAK HORMAT MINAT ORANG LAIN ^^

Assalamualaikum..


selamat tengah malam, jam menunjukkan 0121 pada tarikh 06/01/2013. . .



keke, tak pernah2 post permulaan entri dengan tarikh dan masa, buang tebiat ekk..



ok, back to tajuk entri sebelum aku melalut panjangg..



tujuan aku terpanggil untuk menulis hanyalah sebab aku nak luahkan rasa tidak puas hati dalam diri ini..



sebabnya, aku takde tempat lain nak luah melainkan di blog kesayangan aku yang dah bersawang penuhh ni haa..



aku pelik lah dengan segelintir sikap manusia yang tak boleh nak hormat dengan minat orang lain..



aku peminat lagu korea, ye aku minat k-pop..



aku minat kumpulan k-pop yang bernama SHINee..



yang aku agak bengang bila je aku cakap aku suka dengar lagu k-pop adalah segelintir manusia yang mula memandang serong pada aku..



dah minat aku, dia pulak kesah..



aku tak minta pun dia punya minat yang sama dengan aku, just hormat je apa yang aku minat..



alasan, lagu dorang tak best dan terkinja2..



let me make it clear on this..



faham tak dengan phrase lain orang, lain selera?



kalau lah semua orang minat satu benda yang sama je dalam dunia ini, alangkah dull nya kehidupan kita ==''



aku tak minta banyak, aku minta hormat je..



sebab aku pun tak kutuk apa yang kau minat.



konfem ko pun meluat kalau aku kutuk minat kau kan??



kalau ko tak rasa apa2 aku tak tahulah, maybe aku yang emo sangat kann..



orang camni lah yang buat aku rasa hilang rasa nak hormat pada mereka..



sebabnya, orang camni terlalu pentingkan diri sendiri..



sorry to say lah ekk..



==''



luahan dari seorang peminat k-pop

Thursday, January 3, 2013

SELAMAT TAHUN BARU..AZAM BARU ??

Assalamualaikum..

wah, dah bersawang rasanya..

dah lama tak menghupdate..

bukan apa, kalau dah malass tu kannn..huhu..

selamat tahun baru 2013 ekk..

taun ni azam baru, erkk sama cam tahun2 lepas kot..

nak tunaikan azam2 tahun2 baru yang lepas..kekeke

tu je kot update ringkas, tengah kumpul bahan lagi nak update..keke..

hope idea datang, come to mama ! ^^